Wednesday 4 April 2018

Jepun

Image result for flag jepun


Cakap sahaja tentang negara Jepun, mesti ramai yang terbayang-bayangkan kotaraya Tokyo yang sentiasa sibuk, kereta api yang laju, tandas yang berteknologi tinggi ataupun Geisha kan? Tapi, anda tahu tak sebenarnya tarikan yang terdapat di Jepun ini adalah jauh lebih banyak daripada itu?

Sampai sahaja ke Tokyo pasti membuatkan anda terasa seperti di dalam filem sains fiksyen, manakan tidak, bangunan-bangunan di bandaraya ini kebanyakannya memiliki reka bentuk futuristik, tambahan lagi dengan kewujudan segelintir golongan remaja yang berpakaian seperti dalam watak anime, memang terasa seperti dalam mimpilah!
Tapi jangan terkejut pula, walaupun sebahagian besar kawasannya serba moden, kawasan-kawasan tokong lama yang terbina indah dan taman-taman hijau mekar yang terletak di Tokyo tetap terjaga dengan baik. Nak tahu dengan lebih terperinci tentang tempat-tempat menarik di Tokyo? Teruskan membaca senarai di bawah.


  • Pantai Tropika Okiniwa
Pantai Okinawa

Pulau-pulau di Okinawa adalah sebahagian daripada Nusantara Ryukyu yang memanjang sehingga ke Taiwan.

Kawasan ini mengalami iklim tropika yang sangat berbeza dengan iklim sederhana di tanah besar. Tanah besar di Okinawa Honto menempatkan pengkalan tentera dan dipenuhi dengan pelancong Jepun semasa musim panas.

Kepulauan kecil Ryukyu di selatan seperti Miyako-Jima lebih sunyi dan mempunyai pantai yang sangat indah. Apabila kita bergerak ke pulau Zamami-Jima semasa musim bunga, kita boleh meihat ikan paus.


  • Memorial Keamanan Hiroshima
 Image result for memorial keamanan hiroshima

Pada 6 Ogos 1945, bom atom pernah dilepaskan di Hiroshima yang mengorbankan lebih kurang 70000 orang dan peristiwa itulah merubah dunia.

Paling menghairankan, bangunan yang terletak betul-betul di bawah letupan tersebut selamat walaupun semua yang ada di sekelilingnya musnah.

Kini, ia dipelihara sebagai Kubah Bom Atom (Memorial Keamanan Hiroshima) untuk memperingati hari tersebut. Muzium Memorial Keamanan Hiroshima pula mempamerkan rekod menakjubkan dan mengerikan mengenai peristiwa 1945.


  • Istana Samurai, Himeji
Image result for istana samurai himeji

Terdapat banyak istana yang menakjubkan di Jepun walaupun ada juga yang sudah terlalu lama.

Hasil daripada bencana gempa bumi dan peperangan, dinding yang diperbuat daripada kayu kebanyakannya musah. Banyak istana yang telah dibina semula seperti Istana Osaka yang dibina semula dengan bahan binaan moden seperti konkrit.

Istana Himeji pula dibina semua menggunakan teknik lama. Ia bukan sahaja besar, ia juga menempatkan pedang dan perisai samurai yang sebenar.


  • Museum of Oriental Ceramics
Image result for museum of oriental ceramics

Museum of Oriental Ceramics yang mula dibuka pada tahun 1982 ini menempatkan ribuan hasil seramik yang datang daripada pelbagai pelusuk dunia seperti Korea, Persia,Vietnam, China dan Jepun sendiri.

Bukan sahaja datang dari pelbagai negara, seramik-seramik yang dipamerkan di sini juga datang daripada pelbagai era dan dinasti. Kalau anda rasa anda tak ada minat langsung dengan keindahan seramik ini, lawatan ke muzium ini pasti akan mengubah fikiran anda. Balik je dari muzium ini nanti, anda mesti terasa nak kumpulkan barangan seramik.

Waktu Operasi: 9.30am – 5.00pm | Isnin (Tutup)
Bayaran: 500 Yen
Alamat: 1-1-26 Nakanoshima, Kita-ku, Osaka 530-0005, Osaka Prefecture


  •  Shinsaibashi 
 Image result for shinsaibashi

Tak lengkaplah pelancongan kalau tak membeli-belah. Kalau anda dah puas berjalan melihat keindahan bangunan, pameran di muzium, keindahan alam sekitar, sebelum balik ke negara, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman membeli-belah di negara yang dilawati.

Kalau di Jepun, lokasi membeli-belah yang paling syok adalah Shinsaibashi. Antara yang terdapat di sini adalah kedai pakaian, beg, aksesori, kedai kopi dan banyak lagilah. Kedai-kedai fesyen yang terdapat di sini bukan sahaja dibanjiri kedai fesyen indie anak-anak muda Jepun sahaja, anda juga boleh menjumpai jenama antarabangsa seperti Zara, Forever 21 dan H&M di sini. Macam mana? Terancam juga dibuatnya duit anda kalau ke sini.

 Alamat: Shinsaibashisuji, Chuo-ku, Osaka 542-0085, Osaka Prefecture

~ Sekian,Terima Kasih ~

No comments:

Post a Comment

Filipina

Tempat wisata di Filipina juga tidak boleh diremehkan sebab meski negara yang kecil Filipina memiliki tempat wisata yang menar...