Friday 6 April 2018

Turki



Image result for flag turkey


Turki adalah sebuah negara yang begitu menarik sekali terutamanya dari sudut perlancongan. Negara ini padat dengan sisa-sisa monumen purba yang mana adalah kesan tinggalan pelbagai sisi penaklukan dan penjajahan manakala pemandangan semulajadi di sini amat memukau perhatian bagi tiap mata yang memandang.Tidak salah untuk mengatakan bahawa turki adalah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi, ianya amat mempesonakan malah keindahannya mampu merentasi benua Asia dan Eropah.

  

  • Pigeon Valley
Image result for pigeon valley


Pigeon Valley adalah tempat menarik di Turki yang paling sesuai bagi pelancong yang gemar berjalan kaki. Tempat ini dinamakan Pigeon Valley keran disini terdapat banyak rumah untuk burung merpati. Walaupun terdapat banyak burung merpati di Cappadocia, jumlah burung merpati di sini  lebih banyak.  Di Cappadocia, burung merpati adalah sumber makanan manakala  najis dari burung merpati dijadikan baja untuk pertanian.


  • Haghia Sofia 
 Image result for hagia sophia
Haghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatak senibina Kristian dan juga Islam. Pada asalnya Hagia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian menjadi sebuah masjid. Sekrang Hagia Sofia adalah sebuah muzium dan merupakan antara tempat menarik di Turki yang menjadi pilihan tempat wajib dilawati oleh pelancong. Harga untuk masuk ke Hagia Sofia ini adalah sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih kurang RM 28-35 (bergantung kepada nilai matawang semasa).


  • Cappadocia ( Belon Udara panas )
Image result for cappadocia turkey 

Manisnya cinta di Cappadocia lakonan Shaheizy Sam dan Fazura menjadikan lebih ramai pelancong Malaysia menjadikan Turki dan Istanbul senarai wajib pergi melancong. Cappadocia sebenarnya terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu-batu memang sangat cantik dan jika tiba di  cappadocia ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panasnya. Kebiasaan belon udara panas ini akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.


  • Oludeniz
 Image result for oludeniz turkey

Tempat menarik ini sangat mempesona, air berwarna turqoise+biru yang mengkagumkan.Hutan hijau yang subur melunjur ke tebing pantai berpasir putih. Oludeniz merupakan kawasan terlindung kerana hanya ada satu jalan pendek dari Fethiye, merupakan pantai yang paling terkenal dan dengan pemandangan seolah-olah terbit dari poskad dan mudah untuk melihat, disebabkan itu popularitinya tidak pernah pudar.

Dengan mendapatkan terjunan 'Tandem Paragliding' dari puncak perkasa Gunung Babadas yang mana memuncak naik dengan megahnya disebalik pantai malah tidak lupa juga bahawa Oludeniz merupakan salah satu lokasi terbaik bertaraf dunia untuk aktiviti Paragliding ini.

  • Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru
 Image result for masjid sultanahmet atau masjid biru

Masjid ini dibina pada tahun 1609 pada zaman Uthmaniah. Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet jadi carilah hotel di sekitar kawasan ini kerana kita boleh berjalan kaki untuk ke sini. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofa yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di istanbul.

Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara yang ketika pada zaman itu semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam.

Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak dibuka kepada pelancong ketika waktu solat. Selain nama Masjid Sultanahmet ia juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.

~ Sekian,Terima Kasih ~

No comments:

Post a Comment

Filipina

Tempat wisata di Filipina juga tidak boleh diremehkan sebab meski negara yang kecil Filipina memiliki tempat wisata yang menar...