Wednesday 4 April 2018

Kemboja



Kemboja kini secara perlahan-lahan beransur pulih daripada kengerian pemerintahan penuh kekejaman Khmer Bouge. Masalah-masalah besar masih lagi wujud: periuk ap, kemiskinan dan infrastrukfur musnah dan sebagainya.

Namun begitu, proses pembinaan semula dan pemuliharaan kini sudah berjalan dan peningkatan bilangan pelancong yang datang untuk menikmati keistimeweaan Kemboja semakin meningkat saban tahun.

Kuil-kuil yang menakjubkan Angkor adalah tarikan yang amat jelas sekali bagi para pelancong, namun negara ini memiliki banyak lagi untuk ditawarkan: pantai tropika, bangunan-bangunan kolonial dan juga tarikan-tarikan semula jadi yang lain.



  • Angkor Wat

Tarikanpelancong no 1 di Kemboja. Angkor Wat yang bermaksud Kuil Kota merupakan kuil yang paling indah dan terbesar sekali antara kuil-kuil Angkor dan menjadi tarikan utama pelancongan di Kemboja.

Dibina sekitar separuh abd ke-12 oleh Rasha Suryavarman II, keseimbangan kuil ini dan komposisinya dan kecantikkannya menjadikan ia sebagai salah satu menumen yang terbaik di dunia. Sebuah takungan segi empat tepat yang besar mengelilingi Angkor Wat, yang mna ia menaik melalui satu siri tiga teres segi empat tepat ke kuil pusat dan menara pada ketinggian 213 meter (669 kaki).

Susunan ini memberikan gambaran tradisional Khmer akan kuil gunung, di mna kuil ini mewakili Gunung Meru, rumah para dewa dalam agama Hindu.


  • Tasik Tonle Sap

Anda tidak mungkin menikmati segala keseronokan yang tersimpan di negara itu dengan hanya satu kunjungan. Tasik Tonle Sap, iaitu tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara merupakan satu lagi tempat menarik di Siem Reap. Rentak pasang surut airnya berbeza mengikut musim.  

Tasik yang meliputi empat wilayah iaitu Siem Reap Battambang, Kampung Tom, dan Pursat ini berkeluasan 3,000km persegi pada musim kering dan mampu mencecah sehingga 16,000km persegi pada musim tengkujuh. Apa yang menarik mengenai Tasik Tonle Sap ini adalah kiri dan kanan tebing terdapat perkampungan terapung. Antaranya terdapat kediaman, pasar terapung, gereja, dan dapat melihat penduduk tempatan mencari rezeki sebagai nelayan. Menaiki bot kecil mengharungi tasik untuk melihat perkampungan atas air pastinya memberikan pengalaman baharu.


  • Bokor Hill Station

Bakor Hill Station ini terletak berhampiran dengan Kampot dan telah oleh Perancis pada tahun 1920-an untuk dijadikan sebagai tempat Percutian dari haba panas panas Phnom Penh. Ianya kemudiannya telah terbengkalai sebanyak 2 kali,pertama pada tahun 1940 apabila tentera jepun menyerang kemboja dan sekali lagi pada tahun 1970-an, apabila Khmer Rouge melanda negara ini.

Pada hari ini, Bokor Hill Station ini dan bangunan-bangunan lain yang terbengkalai menimbilkan perasaan pekan seram dan berhnatu yang mengerikan. Sehinggalah pada Oktober 2008, jalan ke Bokor telah secara rasmi ditutup kerana pembinaan semula sedang dijalankan. Akses bebas ke sini seolah-olah adalah mustahil namun masih ada lawatan pendakian yang diaturkan oleh ejen pelancongan tempatan.


  • Koh Ker

Koh ker adalah ibu kota kepada empayer Khmer untuk satu tempoh yang sangat singkat dari tahun 928-944 Masihi. Dalam masa yang singkat ini, beberapa buah bangunan yang sangat menakjubkan dan patung-patung yang besar telah dibina.

Kawasan ini didominasikan oleh Prasat Thom, sebuah kuil piramid yang setinggi 30 meter (98 kaki), berdiri megah di puncak hutan yang berada di sekitarnya. Sebuah patung Garuda grgasi 9burung mitos separuh-manusia, separuh burung0, diukirkan ke dalam blok batuan, berada di bahagian atas sekali, namun kini ianya sudah separuh tertutup.

Ditinggalkan di hutan hampir seribu tahun, Koh Ker merupakan kawasan kuil terpencil yang paling jauh dan sukar untuk diakses di Kemboja. Namun ianya berubah baru-baru ini tellah mula menerima akses hasil daripada aktiviti perlombongan dan juga pembukaan jalan tol yang baru.


  • Kratie


Kratie merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tebing Sungai Mekong dan didominasikan oleh pusat pemasaran yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan kolonial Perancis yang tua.

Tidak ada pelancongan berskal besar di sini, namun ramai backpacker yang turun ke sini semasa musim puncak. Ia merupakan lokasi di Kemboja untuk melihat ikan lumba-limba Irrawaddy yang amat jarang ada, yang tinggal di Sungai Mekong dalam jumlah yang semakin berkurangan.

Dianggarkan terdapat kira-kira antara 66 hingga 86 ikan lumba-lumba ini yang msih tinggal di kawasan atas Mekong Kemboja ini.

~ Sekian,Terima Kasih ~

No comments:

Post a Comment

Filipina

Tempat wisata di Filipina juga tidak boleh diremehkan sebab meski negara yang kecil Filipina memiliki tempat wisata yang menar...