Turki adalah sebuah negara yang begitu menarik sekali terutamanya dari sudut perlancongan. Negara ini padat dengan sisa-sisa monumen purba yang mana adalah kesan tinggalan pelbagai sisi penaklukan dan penjajahan manakala pemandangan semulajadi di sini amat memukau perhatian bagi tiap mata yang memandang.Tidak salah untuk mengatakan bahawa turki adalah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi, ianya amat mempesonakan malah keindahannya mampu merentasi benua Asia dan Eropah.
- Pigeon Valley
Pigeon Valley adalah tempat menarik di Turki yang paling sesuai bagi pelancong yang gemar berjalan kaki. Tempat ini dinamakan Pigeon Valley keran
disini terdapat banyak rumah untuk burung merpati. Walaupun terdapat
banyak burung merpati di Cappadocia, jumlah burung merpati di sini lebih banyak. Di Cappadocia, burung merpati adalah sumber makanan manakala najis
dari burung merpati dijadikan baja untuk pertanian.
- Haghia Sofia
Haghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang
cantik dan melambangkan kehebatak senibina Kristian dan juga Islam.
Pada asalnya Hagia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian menjadi
sebuah masjid. Sekrang Hagia Sofia adalah sebuah muzium dan merupakan
antara tempat menarik di Turki yang menjadi pilihan tempat wajib
dilawati oleh pelancong. Harga untuk masuk ke Hagia Sofia ini adalah
sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih kurang RM 28-35 (bergantung
kepada nilai matawang semasa).
- Cappadocia ( Belon Udara panas )
Manisnya cinta di Cappadocia
lakonan Shaheizy Sam dan Fazura menjadikan lebih ramai pelancong
Malaysia menjadikan Turki dan Istanbul senarai wajib pergi melancong.
Cappadocia sebenarnya terkenal kerana belon udara panasnya dan
pemandangan yang berbatu-batu memang sangat cantik dan jika tiba di
cappadocia ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara
panasnya. Kebiasaan belon udara panas ini akan membawa lebih kurang 10
hingga 30 orang pada satu-satu masa.
- Oludeniz
Tempat menarik ini sangat mempesona, air berwarna turqoise+biru yang mengkagumkan.Hutan hijau yang subur melunjur ke tebing pantai berpasir putih. Oludeniz merupakan kawasan terlindung kerana hanya ada satu jalan pendek dari Fethiye, merupakan pantai yang paling terkenal dan dengan pemandangan seolah-olah terbit dari poskad dan mudah untuk melihat, disebabkan itu popularitinya tidak pernah pudar.
Dengan mendapatkan terjunan 'Tandem Paragliding' dari puncak perkasa Gunung Babadas yang mana memuncak naik dengan megahnya disebalik pantai malah tidak lupa juga bahawa Oludeniz merupakan salah satu lokasi terbaik bertaraf dunia untuk aktiviti Paragliding ini.
- Masjid Sultanahmet atau Masjid Biru
Masjid ini dibina pada tahun 1609 pada zaman Uthmaniah. Ia terletak di sekitar kawasan Sultanahmet jadi carilah hotel di sekitar kawasan ini kerana kita boleh berjalan kaki untuk ke sini. Masjid ini di bina untuk menandingi Haghia Sofa yang ketika itu terkenal sebagai masjid yang terhormat di istanbul.
Sultanahmet membina masjid itu sebagai masjid pertama di zaman beliau sebagai lambang kehebatan empayar turki. Uniknya masjid ini ia ada 6 menara yang ketika pada zaman itu semua masjid hanya ada 4 menara sahaja. Rekabentuk masjid juga merupakan gabungan senibina Byzantine serta tradisi islam.
Binaan kaca yang asal di dalam masjid ini di datangkan khas sebagai hadiah dari Venice. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung masjid ini cuma ia tidak dibuka kepada pelancong ketika waktu solat. Selain nama Masjid Sultanahmet ia juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana jubin yang menghiasi bahagian dalam dinding masjid menggunakan warna biru.
~ Sekian,Terima Kasih ~
No comments:
Post a Comment